Lawatan Sekolah Megan. Owen Jones

Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Lawatan Sekolah Megan - Owen Jones страница 3

Автор:
Жанр:
Серия:
Издательство:
Lawatan Sekolah Megan - Owen Jones

Скачать книгу

Megan sudah cukup mendengar dan mahu kembali ke tingkat atas. Dia mula tersinggung atas pemberitahuan mengenai harimau pada umumnya dan Grrr khususnya. Dia tahu bahawa ayahnya telah mendapat semua fakta mengenai harimau dari surat khabar, TV dan buku-buku, kerana dia juga yakin bahawa ayahnya tidak pernah bertemu dengan seekor harimau sepanjang hidupnya.

      Dia sangat menyayangi ayahnya, tetapi, kadang-kadang dia berharap ayahnya hanya akan membicarakan perkara-perkara yang dia sudah pasti benar, dan bukannya berasa bahawa dia harus bercakap sesuatu agar kelihatan seolah-olah dia tahu segalanya. Dia juga berharap agar dia dapat memberitahunya tentang Grrr bahkan memperkenalkannya. Dia telah bercakap dengan ibunya tentang Grrr pada masa lalu, tetapi dia tidak mendapat kesefahaman malah dikatakan memiliki 'imaginasi yang terlalu tinggi' kerana 'mereka cerita'.

      Megan telah lupa jika bapanya mengetahui dan masih ingat bahawa dia mempunyai 'harimau peliharaan khayalan' ketika masih kecil, tetapi bapanya tidak menyedari bahawa harimau itu masih ada. Bapanya pernah membayangkan ia berjalan sekitar tujuh atau lapan tahun yang lalu, tetapi dia tidak mahu mengingatkan Megan tentang Grrr kerana risau akan menakutkan isterinya, yang dia tahu, seorang yang sangat takut pada perkara ghaib.

      Jadi, Robert tidak menyebut Grrr hanya kerana satu sebab, Suzanne tidak menyebutnya dan Megan mendiamkan diri dari topik tersebut, tetapi mereka semua memikirkan perkara yang sama, iaitu Megan pernah mempunyai 'harimau peliharaan'.

      Tidak ramai yang tahu bahawa dia masih 'memilikinya'.

      Megan dapat merasakan suasana dingin di sekitar meja, jadi dia ingin pergi, tetapi dia harus menunggu hidangan teh selesai. Dia merasakan bahawa duduk di meja setelah selesai makan salah satu perkara paling sukar untuk bersikap sopan, tetapi dia tahu bahawa ibu bapanya mementingkannya, jadi dia menunggu dengan senyap.

      Apabila mereka sudah selesai, Megan mengumpulkan beberapa pinggan kosong dan bekas garam dan lada lalu membawanya ke dapur.

      "Jika tiada apa-apa bolehkah saya menyelesaikan kerja rumah saya sekarang, Ayah?" dia bertanya, mengetahui bahawa ayahnya tidak akan menolak permintaan yang melibatkan kerja sekolah.

      "Ya, tentu saja, Megan, kamu siapkan kerja sekolah, Ayah akan menolong ibumu di sini".

      Ketika dia menaiki dan menghentam tangga, Suzanne berkata:

      "Bob, kamu mesti bercakap dengan gadis itu tentang cara menaiki tangga, dia membuatku gila menghentak tangga itu sepanjang masa".

      "Ya," jawabnya, "OK, sayang, bila saya berkesempatan".

      Конец ознакомительного фрагмента.

      Текст предоставлен ООО «ЛитРес».

      Прочитайте эту книгу целиком, купив полную легальную версию на ЛитРес.

      Безопасно оплатить книгу можно банковской картой Visa, MasterCard, Maestro, со счета мобильного телефона, с платежного терминала, в салоне МТС или Связной, через PayPal, WebMoney, Яндекс.Деньги, QIWI Кошелек, бонусными картами или другим удобным Вам способом.

/9j/4AAQSkZJRgABAQEBkAGQAAD/4QBWRXhpZgAATU0AKgAAAAgABAEaAAUAAAABAAAAPgEbAAUA AAABAAAARgEoAAMAAAABAAIAAAITAAMAAAABAAEAAAAAAAAAAAGQAAAAAQAAAZAAAAAB/9sAhAAE BAQEBAQEBQUEBgYGBgYJCAcHCAkNCgoKCgoNFA0PDQ0PDRQSFhIREhYSIBkXFxkgJR8eHyUtKSkt OTY5S0tkAQQEBAQEBAQFBQQGBgYGBgkIBwcI

Скачать книгу