Bayangan Cinta. Dawn Brower
Чтение книги онлайн.
Читать онлайн книгу Bayangan Cinta - Dawn Brower страница 5
“Saya setuju,” jawab Anya, dan dia benar-benar maksudkannya. Apabila dia berkahwin, dia merancang untuk mencintai lelaki itu sebaik mungkin. “Minta maaf tetapi saya minta ambil diri terlebih dahulu. Saya ingin bersihkan diri sebelum saya pergi.”
“Baiklah,” kata duchess itu. “Sekiranya saya tidak dapat jumpa kamu sebelum kamu pergi, selamat menempuh perjalanan.”
Dengan kata-kata itu, Anya tinggalkan bilik itu. Masih banyak dia belum tahu, tetapi apa yang sudah dia ketahui cukup untuk membuatkan dia terkedu. Ini tidak bagus... langsung...
3
BAB 3
Oktober 1933
Anya merenung ke luar tingkap kereta dalam perjalanan dari stesen kereta api ke lokasi sementara kedutaan Amerika. Dia tidak tahu apa itu erti masa. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana dia tidak berada di tempat asalnya. Semua orang percaya yang dia ialah Anastasia Wegner, anak perempuan kakitangan Duta Besar William Dodd.
Setahu Anya, dia tiada langsung persamaan dengan Anastasia. Ana tiada cita-cita yang tersendiri dan seorang anak perempuan yang patuh. Dia juga bersetuju untuk bertunang dengan seorang pegawai Jerman. Loya rasanya apabila memikirkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang Nazi. Dia tidak dapat lakukannya. Ada satu sahaja persamaan dengan dirinya, satu sahaja: cincin berbentuk opal di jarinya. Ia serupa dengan tinggalan neneknya... dari corak daun floral di logam perak hinggalah ke opal yang berbentuk bulat.
Pada awalnya, dia tidak perasan akan persamaan itu. Dengan segala yang telah berlaku dari bangunnya dia dari tidurnya dan betapa sakitnya kepala Anya, dia terlepas pandang satu perhiasan yang Anya... Ana pakaikan. Mungkin ini kebetulan, tetapi dia tidak rasakan begitu. Ini cincin pertunangan Ana. Anya ingin membuang cincin itu dari jarinya dan lemparkan ia ke mana-mana tempat yang ia tidak akan dijumpai. Tetapi dia tidak boleh lakukannya. Ana yang patuh tidak akan lakukannya, maka Anya juga perlu menahan diri daripada melakukannya.
Dia menghembuskan nafasnya dan menutup matanya. Tidak lama lagi mereka akan tiba di kedutaan, dan Anya akan bertemu dengan ayah Ana. Perkara yang dia ketahui tentang ayahnya tidak membuatkan Anya berasa lega. Mungkin dia telah melakukan budi yang baik kepada Duke dan Duchess dari Weston, tetapi dia nampaknya memerintah rumahnya dengan cara yang kurang baik. Dia perlu menahan diri daripada bercakap lepas. Jika dia terlepas cakap perkara yang salah, dia mungkin akan menerima sebuah tamparan ke mukanya.
Perjalanan dengan Ida mengajarnya.
Selepas mereka meninggalkan rumah Duke dan Duchess, Ida telah bertukar menjadi wanita yang lain. Itu mungkin tidak berapa benar. Apa yang telah berubah adalah bagaimana dia percaya dia dapat memperlakukan Anya. Dia mengingati Anya tentang siapa yang lebih berkuasa dan jangan sesekali layaninya seperti yang Anya lakukan pagi itu. Arahannya mesti sentiasa dipatuhi atau dia akan beritahu perihal Anya kepada ayahnya – dan dia menyesalinya. Dia memandang Ida sepintas lalu – pengawalnya. Dia perlu fikirkan cara untuk mengelak Ida sebanyak mungkin. Dia perlu cari jalan pulang ke tempat asalnya dan keluar dari tubuh Ana, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya.
“Kamu sedang berkelakuan baik,” kata Ida. “Inilah apa yang kamu perlu lakukan. Ayah kamu menaruh harapan bagimu.” Dia menepuk lengannya. “Perjalanan ke London memang diperlukan, tetapi kamu tidak asal disini. Perkahwinan kamu akan berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi, dan kamu perlu biasakan diri dengan permintaan suami kamu.”
Anya hampir termuntah. “Ya, Ida.” Anya tidak lagi dapat menerima sebarang komen dari Ida. “Saya akan banggakan ayah.” Itu seperti sesuatu yang dia perlu katakan, tetapi itulah perkara terakhir yang dia ingin lakukan. Semakin dia pelajari tentang Edward Wegner, semakin dia membencinya.
Kereta itu berjalan jauh dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar yang mempunyai pagar tinggi kelilinginya. Mereka menanti untuk pagar itu dibuka, dan kemudian mereka masuk ke dalam. Kereta itu berhenti sekali lagi di pintu masuk. Tiba masa untuk dia berhadapan dengan segala yang dia ingin hindari.
Dia keluar dari kereta itu dan nantikan Ida. Apabila Ida sudah berada di sisi Anya, mereka berjalan masuk ke dalam kedutaan itu bersama-sama. Ini adalah satu-satunya perkara yang dia bersyukur adanya Ida. Banyak pendapatnya tentang pembantu rumah ini. Setelah mereka ke dalam, seorang lagi pembantu rumah menyambut kedatangan mereka. “Cik Anastasia,” lelaki itu menyambutnya. Dia berpakaian serba hitam. Rambut hitamnya hampir sama warna dengan sutnya, dan matanya yang berwarna biru kelabu terserlah. Warna unik itu seperti dia kenali. Dia tidak dapat pandang tempat lain, terpegun dengan kecantikan matanya. “Saya ditugaskan untuk menjadi pengawal kamu. Kamu tidak dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan ini tanpa saya, tunang kamu, atau ayah kamu.” Dia tiada keinginan untuk keluar ditemani sesiapapun. Jika dia ingin keluar, dia akan cuba pastikan ia bersama pengawal barunya.
Anya menarik muka. Bagus. Sekarang dia mempunyai lagi seorang yang akan ikutinya ke mana sahaja. Dia menelan air liurnya dan mengangguk. “Saya faham... Encik...” Sudahkan dia memperkenalkan dirinya? Anya tidak dapat ingat ketika itu.
“Arthur Jones,” katanya dengan nada hambar. Dia terus memanggung kepalanya dan tidak bergerak walaupun seurat. “Cik.”
Dia seorang askar. Ini sesuai bagi seorang pengawal. Anya tidak memarahinya. Jones hanya melakukan tugasnya, tetapi itu tidak bermaksud Anya sukakannya. “Encik Jones,” katanya lalu tersenyum. “Saya tiada langsung niat untuk meletakkan diri saya dalam bahaya. Ini adalah saat yang berbahaya di Jerman, dan saya tidak ingin menjadi korban. Terima kasih kerana melakukan tugas kamu untuk memastikan saya selamat.”
Dia diam sejenak sebelum berkata, “Ya, cik.” Adakah dia ingat Anya akan merungut? Anastasia adalah seorang wanita sejati tanpa memerlukan pangkat Lady. Ana tahu apa yang dia diharapkan. Ida pastikan Ana tahu tempatnya dalam perjalanan ke Jerman. Ketika itulah ketegasan Ida menjadi jelas dan Anya cepat-cepat pelajari yang dia perlu simpan segala isi hatinya. “Baiklah,” dia mula berkata. “Izinkan kami pergi dahulu.” Dia memberi isyarat kepada Ida. “Perjalanan tadi sungguh jauh, dan saya ingin berehat.” Apa yang dia tidak katakan adalah dia perlukan masa untuk dirinya. Jika dia tidak ke biliknya, Ida tidak akan tinggalkannya sendirian. Dia tidak akan berasa bagaikan setiap gerak gerinya diperhatikan.
“Semestinya,” Jones berkata dan mengangguk. Dia memberi laluan kepada Anya dan Ida supaya mereka boleh bergerak melaluinya. Dia tidaklah sebegitu tampan, tetapi ada tarikannya. Di zaman yang lain, mungkin dia akan berminat dengannya.
Ana ingin memandangnya lagi sekali, tetapi dia berikan tumpuan kepada apa yang berada di depannya. Jika dia menunjukkan minat terhadap Arthur Jones, Ida akan pergi dan beritahu akannya. Lagipun, tiada apa pun akan berlaku. Anya tidak asal dari sini, dan Ana sudahpun mempunyai seorang tunang.
Anya merenung ke luar tingkap biliknya. Sudah seminggu dia berada di Jerman dan dia masih belum dapat jawapan bagaimana untuk pulang ke tempat asalnya. Dia mungkin perlu berputus asa dan menetap di sini. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu yang produktif dengan masa yang dia ada pada tahun 1933 ini. Sebuah peperangan yang dasyat bakal berlaku dan ribuan akan berkorban nyawa. Jika boleh, dan jika dia cukup berani, dia mungkin dapat menyelamatkan beberapa orang yang menjadi sasaran kerajaan Nazi.
Mungkin