Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah). Amy Blankenship
Чтение книги онлайн.
Читать онлайн книгу Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 4
Komputer bimbitnya beep dan dia duduk ke hadapan untuk melihat apa yang dicarinya.
"Jumpa apa-apa?" tanya Zachary.
Angelica buka beberapa fail yang mempunyai perkataan Misery di dalamnya dan mula membaca. Rokoknya terjatuh dari jarinya semasa dia membaca dan jatuh ke kakinya.
“Ouch, celaka!" dia menyumpah dan pungut rokoknya, dan memadamkannya.
"Semua okay?" Zachary berkerut bimbang dan mengangkat tangannya bila Trevor mahu tahu apa yang berlaku.
Angelica membaca semula maklumat itu untuk kepastian. "Saya perlu terbang keluar cepat", katanya sebelum meletakkan telefon dari telinganya. Dia tidak menjawab soalan Zachary dan memandang semula ke paparan komputernya. Ianya bukan apa yang dibacanya memberi kepastian bahawa ianya merbahaya... ianya kerana ketua pasukan P.I.T. telah menutup aksesnya kepada fail itu.
Jika Storm menyimpan rahsia... dia perlu tahu kenapa.
Bab 2
Anthony berlegar-legar tanpa henti sepanjang lantai marmar di bilik bacaannya. Dia menggosok rambut hitamnya dalam kehampaan dan marah. Dia tahu dia hilang barannya bila dia membunuh Arthur dan sekarang dia hilang punca untuk jadikan Jewel teman hidupnya.. bukannya itu akan menghalangnya.
Dia bermaksud untuk situasi itu berada dalam keadaan tenang... tapi bila Arthur membawa kepadanya ayah Anthony, sifat serigala jadiannya hilang kawalan. Sekarang dia perlu memujuk cara berbeza ke atas pengantinnya yang melarikan diri. Masalahnya ialah, dia perlu mencarinya dahulu.
Seseorang mengetuk pintu dan Anthony berhenti berlegar-legar cukup lama untuk meluruskan rambut dan pakaiannya. Dia seorang ketua, dan itu datang dengan suatu tahap kesopanan.
"Masuk", dia memanggil dengan suara garang.
Pintu dibuka dan salah seekor serigalanya masuk, dan tutup pintu di belakangnya.
"Apa yang kamu jumpa?" tanya Anthony.
Ahli kumpulan itu nampak amat gementar dan melegakan kerongkongnya. "Saya tinggal di belakang seperti diarahkan untuk melihat jika paderi itu datang balik ke gereja. Saya tidak lama di situ bila kekacauan bermula di gereja itu dan di perkuburan di belakangnya. Ramai yang datang dari semua arah, kebanyakkannya entah dari mana". Dia kemudian diam dan menelan air liur dengan gementar sebelum menambah, "Itulah bila saya nampak Jewel bersama mereka".
"Kemudian mana dia?" bentak Anthony sambil berjalan cepat merapatkan diri antara mereka. "Kenapa tidak bawanya balik denganmu?".
Serigala itu bergerak ke belakang kerana cemas di matanya dan tahu bahawa memberi berita buruk pada ketua kumpulan bukan suatu tindakan bijak. "Saya tidak boleh", katanya mengigil.
Tangan Anthony tiba-tiba meluru dan mencengkam orang suruhannya di kerongkong, mengangkatnya ke atas. "Kamu serigala jadian. Kenapa tidak tangkap sahaja dia?".
"Dia dikelilingi oleh jadian... terlalu ramai", serigala itu beritahu, mengangkat tangan cuba mengurangkan tekanan pada kerongkongnya.
Tangan Anthony mengetat dan matanya bertukar ke warna keemasan yang menakutkan. Abangnya baru sahaja pulang dari Itali, dia pasti. "Adakah saya atau tidakkah saya ajar bagaimana bergaduh kumpulan lain bersendirian? Abangku tidak boleh mengatasimu". Ianya tipu. Serigala ini akan terbaring dalam longkang jika dia berani lawan Andreas Valachi.
"Bbukkannyaa sserriiggaalla", serigala itu ketar sambil cuba bernafas.
Anthony memberi perhatian pada orang yang dicekiknya dan melepaskan tangannya, memandangkan dia hampir mati. "Siapa dia?" dia bentak dengan kemarahan yang dikawal melalui suaranya.
Serigala itu terjatuh atas lantai cuba menarik nafas. Dia merangkak atas tangan dan lutut sebelum menundukkan dahinya ke lantai marmar yang sejuk. Dia membuka belakang tengkuknya bila merendahkan diri pada ketuanya dan berhasrat lari jauh bila dia ada peluang.
"Kucing... Saya bau kucing", katanya selepas beberapa saat, "Harimau bintang dan harimau kumbang... banyak". Dia mengangkat kepala dan nampak mata Anthony menguncup marah. Cepat-cepat dia tambah, "Ada seekor harimau yang mengekorinya setiap langkah. Tempat itu dipenuhi langsuir-langsuir juga. Sebahagian dari gereja meletup, kemudian satu kereta polis muncul".
Anthony berdiri di situ cuba mententeramkan kemarahan yang membuak. Lagipun, lebih lama dia berdiri di situ, lebih naik kemarahannya. Rancangannya untuk menangkap pasangannya yang melarikan diri sentiasa digagalkan oleh diri sendiri atau kerja pesuruh-pesuruhnya yang bodoh.
Dia memberi isyarat untuk pengawal-pengawal peribadinya datang dekat. "Bawa dia ke bilik bawah tanah di mana dia boleh terbakar dalam kegagalannya".
Serigala itu duduk melutut memohon kemaafan dari riak mukanya. Dia terdengar cerita mengenai bilik bawah tanah dan apa di dalamnya. Ada beberapa serigala yang melalui penyeksaan masih mempunyai kesan pada badan mereka yang boleh dilihat. Dia merengek ketakutan bila tangannya dipegang pengawal-pengawal itu dan di ditarik ke atas kakinya.
Pengawal-pengawal itu tidak melihat mukanya atau berkata apa-apa atau cuba menenangkannya atau menghinanya. Jika mereka diberi kelonggaran, mereka mungkin melepaskannya lari. Pada mereka, Cik Jewel ada sebab kuat untuk lari dari ketua kumpulan ini. Dia tidak bahagia dan, walaupun dilayan dengan baik oleh Anthony, tidak akan mencintainya. Hidup begini, berjaya di atas ketidakadilan yang lain bukanlah cara serigala jadian yang tulen... ianya cara samseng.
Pada suatu masa, mereka telah melindungi manusia dari kejahatan yang cuba mengambil alih dunia. Sekarang, jika diabaikan beberapa kumpulan yang tinggal merentasi Amerika Syarikat dan seberang laut, merekalah yang jahat. Memang patutlah manusia buat wayang menunjukkan mereka sebagai anjing liar gila yang berusaha membunuh dan menjahanamkan.
Anthony mengikuti pengawal-pengawalnya ke bilik bawah tanah dan tersengeh bila serigala muda itu merengek senyap-senyap. Bilik bawah tanah rumah besar itu telah diubahsuai menjadi tempat penyeksaan yang besar, sebesar beberapa ribu kaki persegi. Rantai tergantung dari dinding di seberang dengan dipasang gari untuk memegang seseorang menegak ke dinding batu yang sejuk.
Di sebelah kanan ada sebuah meja yang di penuhi penyebat dan tali belati yang berbagai saiz. Satu kawah di atas bara api yang menyala terdapat beberapa batang besi terpacak keluar darinya digunakan untuk membuat tanda, yang Anthony jarang guna. Yang terakhir, di dinding di seberangnya terdapat satu barisan bilik tahanan yang ada beberapa tahanan.
Beberapa ekor serigala jadian bergerak dalam bayang-bayang menyiapkan beberapa perkakasan untuk pelawat istimewa yang Anthony bernasib baik mendapatkannya beberapa minggu lepas. Mereka berhenti dan memandang dengan sifat ingin tahu bila ketua mereka masuk ke bilik itu dengan pengawal-pengawalnya dan serigala baru untuk didisiplinkan.
Anthony berdiri ke belakang sementara pengawal-pengawalnya merantai serigala itu ke dinding dan mennyahkan mereka bila selesai.
"Apa yang kamu mahu kami buat, Tuan Anthony?" serigala tertua bertanya.
"Saya mahu kamu beri dia pengajaran, Boris", jawab Anthony. "Dia gagal membawa balik pengantinku dan dia harus belajar bahawa kegagalan tidak diterima".
Boris melihat budak itu dan mengeluh senyap. "Dia masih budak".
"Dia patut belajar awal", Anthony bersuara tanpa emosi.
Boris mengangkat tangan dan mengisyaratkan dua serigalanya kepadanya. Mereka