Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah). Amy Blankenship

Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 3

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship

Скачать книгу

pada kedegilan Quinn dan mencelah, "Micah sudah hilang lebih dua minggu".

      "Apa?" tanya Warren tiba-tiba marah. "Kenapa tidak datang pada kami untuk bantuan?".

      "Disebabkan jurnal bodoh itu", ejek Kat. "Yang jelas, dia takut kita tidak boleh uruskan apa yang dikatanya sebab kita sangat sensitive".

      Michael mengeleng kepala tahu bahawa jika kedua keluarga ini tidak mencari jalan bekerjasama, dia terpaksa jadi pengadil. "Okay, sementara menyelesaikan masalah langsuir, kita perlu petunjuk dalam kehilangan Micah".

      "Secara logik Micah akan kembali sendiri, selalu begitu" Quinn mengangkat bahu.

      Kat merenung keluar tingkap masih marah. Tidak patut Quinn usul gadis-gadis tidak patut bersama?. Mereka boleh suruh Alicia jauhinya jika mahu, dan memang sepatutnya sebab dia yang termuda dari mereka. Tapi jika mereka cuba halangnya, mereka akan terkejut besar. Masalahnya sekarang, dia pun resah tentang Micah.

      Quinn sepatutnya mengenepikan semua itu dan panggil semua. Dia tahu mereka akan membantu walaupun berbeza pendapat. Tidak kiralah jika ayah-ayah mereka berbunuhan sesama mereka... dosa ayah-ayah mereka tidak patut ditanggung anak-anak mereka.

      Walaupun dia tidak tahu, Warren bersetuju secara senyap dengan Kat. Quinn sepatutnya panggil mereka semua bila Micah hilang. Dia tahu bagaimana adik beradik itu akan bergaduh sesama mereka. Pergaduhan itu selalunya berakhir dengan Micah berlari keluar dan hilang beberapa hari... tapi bukan beberapa minggu.

      Steven dab Nick saling berhubung selama beberapa tahun dan Nick beritahu keadaan semasa keluarga harimau bintang. Bila Micah dan Quinn bergaduh, Micah akan beritahu Steven ke mana dia akan pergi jika dia pergi lebih satu hari. Kali ini Micah tidak tinggalkan apa-apa pesanan dengan sesiapa pun, bermaksud dia tidak pergi begitu lama.

      "Selepas Steven dan saya jumpa sarang langsuir merbahaya di gereja itu, tiada siapa patut keluar keseorangan malam ini. Kita perlu berpasangan", kata Quinn menukar subjek.

      Steven rasa pelik gambaran gadis yang dijumpainya kemudian hilang pada malam itu terpapar di mindanya. "Saya rasa saya akan ke tempat itu malam ini dan pastikan gereja itu masih bersih. Kita mungkin tertinggal sesuatu".

      "Saya akan pergi dengan Steven", pelawa Nick mahu meneman kawan sepermainan nakalnya.

      Kat rasa panik bila berkira-kira secara senyap. Michael akan pergi dengan Kane, dan dia tidak mahu bersama Kane lagipun sebab dia tidak berapa siuman. Yang ada tinggal Warren dan Quinn.

      "Saya ikut Warren", pelawa Kat.

      "Tidak", Warren perbetulkannya. "Kita perlu seseorang jaga kelab".

      "Hanya kerana saya wanita tidak bermakna saya tidak mampu", Kat beri amaran pada mereka, kemudian selamba keluar bilik itu.

      Semua lelaki dalam bilik itu tersentap bila dia tutup pintu perlahan.

      "Cilaka", bisik Nick. "Saya hampir berharap dia akan hentam pintu itu".

      Steven dan Quinn tidak jumpa Kat dalam beberapa tahun tapi mereka kenal sangat barannya. Pintu ditutup perlahan di belakang Kat yang marah adalah sepuluh kali lebih teruk dari keluar meradang. Dia marah... tidak, dia lebih dari marah. Dia meradang.

      "Saya panggil Devon dan beritahu dia apa yang berlaku", ujar Warren dan keluarkan telefon bimbit dari poket depannya. Dia tidak suka buat ini pada adiknya tapi jika dia tidak pulang dia mungkin tiada apa untuk pulang lagi. Menekan dail pantas, dia berjalan ke pintu bilik tidur yang bersambung.

      Warren menunggu panggilannya sementara ia berdering di sebelah sana. Akhirnya seseorang mengangkatnya dan menyumpah selepas itu.

      "Apa yang kamu mahu?" tanya Devon mengantuk tapi gembira.

      Warren cepat-cepat beritahu apa yang berlaku sejak kepergian Devon dan Envy tidak lebih dari dua puluh empat jam sebelum itu.

      Devon mengeluh, "Cilaka, saya keluar bandar dan semuanya teruk".

      "Saya beri kamu beberapa hari kemudian kamu perlu pulang", kata Warren. "Saya juga perlu kamu buat sesuatu semasa beberapa hari itu".

      "Apa itu?" tanya Devon berbunyi lebih segar.

      "Saya perlu kamu tanya Kriss jika dia boleh bantu kita. Beritahu dia Dean sudah setuju tapi kita mungkin perlukan dia juga. Jika boleh juga, suruh Envy pujuk Tabatha yang kita perlu Kriss di sini sebab dari yang saya dengar, jika dia pulang maklaikat yang jatuh itu akan ikut".

      "Saya boleh cuba buat itu", kata Devon. "Kriss pelik. Dia buat sesuatu bersendirian, kamu tahu".

      Warren mengangguk, "Mengingatkan saya pada seorang yang lain".

      Devon tergelak, "Okay abang besar, cuma saya tidak janji apa-apa".

      "Saya jumpa kamu dalam beberapa hari", kata Warren letak telefon.

      *****

      Quinn nampak Kat di kamera sekuriti di dinding. Kerana semua orang menunggu Warren habis buat panggilan, dia melangkah dekat skrin kamera seperti kebosanan. Kebosanan bukan dirasainya bila melihat Kat.

      Dia fikir Kat cantik beberapa tahun lalu, dia tidak jangka apa yang terjadi padanya sekarang. Bertahun lamanya, dia memerhati Kat dari jauh. Dia juga mengaji pengintip untuk bekerja di Dansa Bulan dan melaporkan padanya... walaupun yang terakhir yang bekerja menjadi mangsa pembunuhan yang terbaru.

      Dia gusar bila seorang lelaki berjalan terus ke tempat yang Kat berdiri di belakang bar dan mencapai tangannya. Dengan kamera ditujukan tepat, Quinn boleh tahu lelaki itu bukan seorang kawan.

      *****

      Trevor meluru masuk Dansa Bulan tidak pasti dia akan mengamuk di dalamnya atau menyimbah kemarahannya dengan beberapa gelen arak. Dia cuba menghubungi Envy tapi dia seakan menyembunyi diri darinya. Tabatha dan Kriss mungkin menapis panggilan mereka termasuk dia. Bila dia tanya abang Envy yang serba tahu di mana Envy, dia mahu mencabut kepalanya kerana sengaja beri lokasi yang kabur.

      Trevor nampak Kat melayan peminum di belakang bar yang sama yang selalu dia bekerja. Dia mencapai tangannya untuk tarik perhatian tapi riak mukanya bila berpaling padanya membuat dia tersentap ke belakang dan terus duduk.

      "Yang istimewa guna taser sudah habis. Boleh saya dapatkan yang lain?. Seperti ahli seumur hidup di bar lain?. Kat mengenyit mata nakal. Akhirnya memandangnya di mata dan nampak kemurungan bermandi di dalamnya dia mengangkat bahu, "Maaf, pencapaian sebenarku tidak kesampaian. Apa boleh saya dapatkanmu?".

      Trevor mengosok dahinya dengan jari. Dia pening dengan kaum wanita. Ia seakan mereka sengaja membuatnya susah. "Beberapa jawapan amat dialu-alukan".

      "Seperti?" bentak Kat.

      "Seperti di mana pacarku bersembunyi". Keningnya terangkat sedikit semasa menunggu.

      "Pacarmu?. Kamu sudah ganti Envy secepat itu?", sengeh Kat bila renungannya menjadi jelingan. "Oh, kamu tanya fasal Envy".

      "Kamu fikir?" balas Trevor sinis.

      "Yang saya tahu ialah bekas pacarmu dan abangku pergi mungkin berbulan madu". Kat mengangkat bahu tahu seakan ia satu kebenaran yang mungkin Envy pun setuju.

      "Saya ingat dia bersama Tabatha dan Kriss?". Trevor rasa darah tingginya naik ke

Скачать книгу