Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah). Amy Blankenship

Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 5

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship

Скачать книгу

sedang berlegar-legar di atap, merokok dan sekali-sekala melambai-lambai tangannya. Dia mula hilang sabar menunggu Michael.

      "Harimau kumbang dan harimau bintang", dia mengomel. "Mereka lebih teruk dari kucing peliharaan. Semuanya perlu menguasai yang lain. Saya lagi suka bersama anjing hutan liar dari mereka".

      Michael datang dari tepi atap di belakang Kane, menangkapnya semasa mengutuk marah. Dia berkerut bila Kane tiba-tiba senyap dan menoleh ke sisi mengetahui kedatangannya.

      "Cilaka Kane, adakah kita akan berbincang apa yang mengusarkanmu atau tidak?" tanya Michael sambil datang lebih dekat.

      "Atau tidak", jawab Kane.

      "Baiklah", Michael senyap tahu Kane benci perlakuan senyap lebih dari bergaduh. Dia suka jika dia betul.

      Kane berjalan ke tepi bangunan, menjarakkan mereka. Dia lupa Michael boleh gerak senyap... yang sudah lama tidak dilakukannya. "Raven nampaknya kecewa yang tenteranya kurang di gudang... yang gila-gila sudah hilang. Jangkaanku langsuir-langsuir yang tidak hadir pesta kecil kematian kita perlukan tempat rehat waktu siang, jadi saya akan periksa di situ".

      Michael tidak bersuara bila Kane sekali lagi lompat dari tepi atap dan mendarat di kaki lima di bawah. Semasa dia melangkah ke tepi bersedia untuk lompat seperti Kane, sesuatu di atap di seberang jalan menarik perhatiannya.

      Menumpu pandangan padanya, Michael nampak bayang-bayang sebelum ia hilang. Sesuatu tentang bayang-bayang itu seakan dikenalinya tapi dia tidak dapat ingatnya.

      Adakah Kane ada pengintip atau dia diburu?. Cuba mengenepikan perasaannya untuk sekarang, dia pandang ke bawah dan tersenyum bila jatuh. Walaupun dia tidak nampak Kane, dan dia tahu jalan ke gudang itu, tapi dia tidak ikut jalan itu dan ikut tarikan darahnya yang ada di urat-urat Kane. Bila sampai ke gudang itu, dia boleh dengar jeritan langsuir-langsuir yang Kane tangkap tanpa disedari.

      Dia berhenti di pintu mengunakan penglihatan dipertingkatkannya untuk melihat ke kegelapan dalam ruang yang besar itu. Kane dipegang dua langsuir Dan beberapa lagi fikir taktik serangan berpasangan adalah idea yang baik. Melangkah ke dalam, dia tarik pintu tutup di belakangnya dan bergerak ke hadapan bila suara Kane bergema.

      "Biar saya buat ini. Cuma jangan beri mereka lepas kamu", kata Kane sedikit tercungap sambil dia memusing leher langsuir yang cuba mengoyakkan tekaknya. Dia tersentap bila taring terbenam di bahunya, membuatnya hilang pegangan ke atas yang satu tadi.

      Kedua kening Michael tersembunyi bawah rambutnya yang kusut tapi dia bersandar ke pintu. "Baiklah, jika kamu pasti". Dia memeluk tubuh dan merehatkan badannya ke besi itu.

      "Tapi... saya bosan", katanya selepas seketika dan melihat ke langsuir-langsuir tanpa roh yang belum berlawan. "Saya harap salah satu darimu boleh membantu dan lari untuk itu?".

      Bila Kane berjaya mencabut kepala langsuir pertama, satu di tepinya buat apa yang Michael suruh, tapi tangan Kane mencapainya dan memegangnya pada jaket kulitnya. "Saya rasa tidak", dia menyeringai dan tariknya untuk berlawan.

      "Ibumu tidak ajarmu berkongsi?" Michael tersenyum bila melihat Kane dibelasah teruk. Dia rasa Kane perlu kesakitan itu untuk rasa hidup masa ini. Dia tidak sangsi Kane akan jadi langsuir terakhir yang berdiri dan membebaskan kemarahannya dan kekejamannya mungkin boleh membantu menenangkan kawannya semula... terapi yang terbaik.

      "Ibuku seorang pencuri", jawab Kane, melompat dan menghenyak kedua kakinya ke dada satu langsuir yang meluru berlari padanya. Langsuir itu terpelanting dan Kane mendarat di belakangnya. Menendang kakinya, dia bangun semula pantas. "Dia tidak percaya perkongsian".

      "Kita berdua tahu ibumu bukan pencuri", jelas Michael. "Dia seorang yang dididik dengan baik".

      Kane ditumbuk di muka dan terpelanting ke belakang. Michael mengikuti pergerakannya semasa dia terbang merentasinya dan ke atas sampah yang seakan sama dengan yang Kriss pernah tumbuknya dahulu. Dia mengeluh bila sedar Kane sangat kusut berdarah. Kane meluru ke perlawanannya semula, mengoyak musuh-musuhnya bila dekat.

      "Perlu bantuan sekarang?" tanya Michael bersama bunyi tulang patah dan kaki memercik di kolam yang bertambah besar setiap minit. Dia ketawa bila Kane mula mengumat jampi Syn tapi ditumbuk di mulut sebelum sempat menghabiskannya.

      "Tidak", Kane menyeringai dan ludah keluar darah ke muka penumbuknya yang menumbuknya sangat kuat hingga dia nampak bintang. Mengambil satu kayu dari kerusi patah semasa berlawan tadi, dia menusuknya ke mulut langsuir itu dengan kuat hingga tembus ke belakang lehernya.

      Michael menjengkel mukanya tapi tidak masuk campur. Dia melihat teliti, mengira tiga langsuir mati dan empat hidup. Kane melawan tanpa takut, lebih lagi sekarang dari masa dia tertanam hidup-hidup. Yang mengingatkan Michael pada satu soalan yang belum ditanyanya: bagaimana Kane memecahkan jampi pengurung tanpa darah dari pacar rohnya?.

      Kurang dua puluh minit kemudian, Kane terjatuh melutut. Dia melihat melalui kabur merah pandangannya pada bunyi tepukan yang datang mendekatinya. Dia mengesat darah dari mulutnya dan cuba menolak dirinya dari lantai. Dia ketawa bila tidak berdaya kerana lantai itu licin dengan darah.

      "Pemenang dapat seratus penampal luka dan tidur semalam di rumah Michael". Dia menunduk dan memeluk pinggang Kane untuk menariknya berdiri. Mereka berdua terhoyong-hayang sebelum dia berjaya mengimbangi mereka.

      "Kamu ada rumah?" tanya Kane berharap jika dia terus bercakap dia tidak akan pengsan sebelum sampai ke sana. Dia tahu di mana Michael tinggal, tapi dia tidak mahu mengakunya sebab itu akan mengingatkan Michael untuk marah padanya kerana menjauhinya. Dia tidaklah suka dirinya kerana itu tapi dia rasa perlu menjauhkan dirinya.

      "Ya, saya sudah dewasa sekarang. Lagipun, keranda untuk zaman dahulu". Dia tersentap dalam hati sedar Kane mungkin tidak fikir jenakanya lucu. "Tempat itu besar. Ia pernah jadi museum seni berunsur Viktoria sehingga mereka bina yang baru di Beverly Hills. Mungkin jika kamu tinggal dengan saya, tempat itu akan rasa seperti rumah".

      "Saya mahu anak anjing", ujar Kane tiba-tiba sementara memaksa kakinya melangkah untuk tidak jatuh semula.

      "Kamu mahu apa?" tanya Michael.

      "Jika kita tinggal bersama, saya perlu cari anak anjing".

      Michael terpaksa senyum pada kawan lamanya. Nampaknya sifat penyayang anjing Kane tidak luntur berdekad lamanya.

      Bab 3

      "Jadi, apa terjadi pada Micah?" tanya Nick pada Steven semasa mereka parkir di tengah-tengah dua bas di lot parkir di sebelah gereja itu.

      “Micah dan Quinn bergaduh seperti biasa tentang siapa buat peraturan dan Micah pergi untuk menenangkan dirinya", jawab Steven semasa keluar kereta. Dia masih rasa ianya lucu yang harimau kumbang pandu... kamu boleh agak... kereta jaguar. "Lagipun, mereka ajar sesama mereka berlawan, jadi menumpang sesama mereka sudah biasa".

      "Jadi kenapa dia belum balik?" ujar Nick.

      "Itu yang jadi persoalannya", keluh Steven. "Quinn fikir Micah lari pergi tapi saya lebih tahu".

      "Apa yang buatmu amat pasti?" tanya Nick curiga.

      "Sebab Alicia baru pulang untuk beberapa minggu sebelum dia hilang. Micah memang menunggu hari bila dia boleh bawa Alicia pulang. Walaupun semasa Nathaniel hidup, ianya Micah yang seakan ayah kepadanya. Dia tidak akan lari pergi begitu sahaja semasa Alicia di rumah". Dia mengangkat bahu dan tambah, "Atau jika dia mahu tinggalkan keluarganya, dia akan bawa Alicia bersamanya".

      Nick

Скачать книгу