Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah). Amy Blankenship

Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 6

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship

Скачать книгу

mengangguk mushkil jika langsuir-langsuir itu bertanggungjawab atas kehilangan Micah. Itu tidak berbunyi bagus, jadi demi Micah Nick berharap dia cuma panas baran dan belum bertenang. Dia akan tanya Alicia lagi esok.

      Steven memandang ke gereja besar itu dengan ukiran-ukiran dan patung-patung yang rumit. Ia nampak seakan dibawa dari Rom yang menunjukkan kekayaan manusia penuh dosa yang masuk keluar pintunya. Yang terkaya yang paling banyak dosa, itulah sebab mereka menunjukkannya pada agama mereka.

      Yang sebenarnya tempat ini di mana datuk bandar datang berjabat tangan dan menerima duit dari samseng setiap Ahad selepas sembahyang. Jadi soalan yang ditanya pada dirinya ialah... kenapa gadis itu datang ke sini sendirian tengah-tengah malam?.

      Gereja itu gelap kecuali beberapa tingkap berlampu di tingkat dua. Dari apa yang dia ingat, itu adalah kawasan pejabat. Dia mushkil jika paderi yang dia tinggalkan selamat di dalam almari baju sebenarnya tinggal di sini. Ia sesuatu dia tidak jangkakan sehingga sekarang. Penganut Katholik berdedikasi, dia fikir begitu.

      Dia telah menerangkan pada Nick apa yang terjadi malam kelmarin... kebanyakkannya sebenarnya. Tidak mungkin dia akan beritahu tentang insiden jubah budak koir itu. Mengeleng kepala, Steven menarik pintu hadapan berharap ianya berkunci tapi yang sedihnya, ia terbuka.

      "Tidak berapa bijak", Nick mengerut sambil keluarkan pisau berpemegang tulang dari lengan bajunya dan masuk ke dalam. "Kamu fikir selepas apa yang terjadi malam kelmarin, mereka akan mula mengunci pintu".

      "Mungkin seperti apa yang dikata... ianya sentiasa terbuka", Steven mengangkat bahu tapi masuk berhati-hati. "Atau mungkin paderi tua itu menunggu seseorang".

      "Saya ulang, tidak berapa bijak", Nick tersentap tahu bukan mereka sahaja makhluk paranormal di dalam bangunan itu. "Saya bau manusia di tingkat atas tapi ada sesuatu yang lain di sini dan saya mushkil ia datang untuk buat pengakuan".

      "Saya pergi untuk pastikan paderi itu selamat. Jika kamu jumpa langsuir, buat bijak dan biarkan mereka sehingga kita panggil bantuan". Steven naik ke tingkat atas meninggalkan Nick buat keputusannya.

      Nick mengangguk dan mula mencari ruang bawah tanah gereja itu. Selalunya raksaksa terburuk... lebih dalam mereka suka duduk. Dia tidak kisah pun bersembunyi semasa menyiasat sebab musuhnya boleh melihat dalam gelap sebaik dirinya sendiri.

      Terjumpa pintu bertanda 'Ruang Bawah', Nick bukanya dan cepat-cepat turun tangga. Dia mengedut hidung pada bau hapak, lembab itu dan terbersin. Dia memang benci ruang bawah.

      Steven buat perkara sama di tingkat atas, membuka pintu dan menjenguk bila melaluinya. Melihat cahaya dari bawah pintu pejabat yang sama dari malam kelmarin, dia ketuk kali ini. Dia boleh hidu bau dari balik pintu dan tahu orang tua itu keseorangan.

      "Itu kamu ke, Jewel?" suara orang tua berbunyi.

      Steven melangkah ke belakang bila pintu dibuka... dia dan paderi bersemuka. Muka tua sayu dan lembut itu bertukar, matanya terbeliak dan mulutnya terlopong. Steven mengangkat tangan tahu apa akan berlaku, dan dia tidak kecewa bila paderi itu cuba menghempas pintu itu ke mukanya.

      Menolak pintu itu, Steven menyelit masuk dan biarkan berat orang tua itu menutupnya semula di belakangnya. Berpusing, dia rampas senjata yang dihayun padanya dan mencampaknya ke seberang bilik dan rasa geram. "Saya beritahu sebelum ini, saya bukan langsuir".

      "Saya terjaga di dalam almari". Paderi itu mengingatinya semasa dia ke belakang pada meja. Steven mengeluh bila melihat orang tua untuk meraba-raba atas meja mencari senjata lain. Dia mengangkat kening melihat jari paderi itu memegang stapler besar.

      "Saya tidak mahu menyakitimu", ujar Steven. "Tapi jika kamu tidak lepaskan stapler itu, kamu akan terjaga dalam almari lagi". Dia mengangguk bersyukur bila lelaki itu lepaskannya dan diri tegak, yang tidak pun setinggi mana.

      "Saya rasa kamu tidak datang untuk pengakuan". Suaranya masih terketar.

      "Oh ayah, saya tahu saya berdosa", sengeh Steven tapi melihat jenakanya tidak difahami dia ambil satu kerusi dan pusingnya sedar orang tua itu tersentap pada pergerakan pantasnya. Dia menahan diri dari mengulingkan matanya dan menyandar di kerusi itu, tangannya merentang penyandar belakangnya yang rendah. "Tidakkah kamu lihat yang saya sebahagian sebab kamu masih hidup?. Jika saya tidak menjauhkan kamu dari bahaya, kamu mungkin bukan berdamping dengan maklaikat lagi".

      "Bagaimana kamu..." paderi itu tiba-tiba nampak lebih tua semasa dia berjalan ke belakang mejanya dan jatuh duduk. "Bila saya sedar, saya pergi ke tingkat bawah dan nampak orang asing membersihkannya. Kekotoran... saya menyembunyi. Mereka buatnya cepat dan senyap. Kamu boleh buat itu semua?".

      "Adakah kamu percaya jika saya kata kami ada kawan maklaikat?". Bila lelaki itu mendongak dan merenungnya tajam Steven menyambung, "Kawanku dan saya datang ke sini untuk memastikan gereja ini masih bersih".

      "Kamu fikir ada lagi?" paderi itu mengosok mukanya.

      "Saya tahu ada lagi. Soalannya, adakah mereka di sini?". Steven berdiri tahu dia telah biarkan Nick keseorangan terlalu lama. Kawannya diketahui tidak penakut dan itu membuatnya cemas. "Kita tidak mahu kejadian malam kelmarin berulang".

      Paderi itu merenungnya tajam seakan mencari pembohongan. Akhirnya, orang tua itu mengeluh dan mengangguk kepalanya, "Okay, atas sebab-sebab tertentu saya percaya kamu. Kadang-kadang tuhan melakukan sesuatu secara misteri. Buatlah apa yang kamu perlu".

      "Berharap, kali ini kami tidak jumpa apa-apa... jembalang dan kamu boleh tetap berjaga jika janji duduk diam di sini". Dia teringat apa yang paderi itu berkata bila dia buka pintu. "Kamu tunggu siapa?".

      "Ya, dia patut datang malam kelmarin, tapi..." dia mengacu ibu jari ke almari. "Dia panggil sejam yang lalu kata dia dalam perjalanan".

      Steven rasa degupan jantungnya naik. "Ada seorang gadis di sini malam kelmarin dan saya perlu bercakap dengannya... rambut perang, cantik. Kamu kenal dia?".

      “Jewel?” tanya paderi itu. "Mestilah, saya patut mengahwini dia".

      "Apa!" kata Steven sedikit kuat kemudian menyeringai, "Sejak bila paderi tua kahwin gadis muda?".

      "Kamu memang pintar", paderi itu mengeleng kepala kemudian menguatkan semangatnya. "Bukan untuk saya... dan itu bukan hal kamu pun. Kamu jauhi gadis itu. Dia ada banyak masalah dengan raksaksa yang dia pun tahu. Jangan kaitkan dia dengan peperangan jembalang".

      Steven mengerut tidak suka cakap itu. Dia bertaruh paderi itu mahu kata samseng bukannya raksaksa. Dia tidak kisah mana satu, setelah pernah terbabit dengan samseng juga. Mereka suka datang Lampu Malam sebab ianya lebih mewah di bandar itu. Ia membantu seseorang rehat bila pelanggan kelas bawahan tidak mampu melalui pintunya.

      Dia perlahan-lahan menyahkan mereka untuk bertahun lamanya dan bila ada masalah, sesuatu akan terjadi dan mereka akan pergi jauh atau hilang terus. Samseng Irish, Itali, Rusia, penganas IRA, bekas KGB, Yakuza, dan desas-desus ahli Illuminati yang terkenal... Steven tidak kisah. Mereka semua dari dahan yang sama jika tanya dia. Tapi kadang-kadang ianya satu kelebihan jika ada ahli mereka menyokong kita.

      "Panggil dia dan kata padanya jangan datang malam ini". Dia tolak telefon dekat pada orang tua itu dan memeluk tubuh menunggu kepastian paderi itu buat apa yang disuruhnya.

      Orang tua itu mengetap bibirnya. Jika dia telefon rumah gadis itu dan ayahnya jawab, Jewel akan dapat masalah dan mungkin terbaring muka di bawah dalam suatu lorong. Dia sebagai paderi pun tidak boleh selamatkan ayahnya juga. "Dia tidak datang", katanya tidak pasti, kemudian sambung dengan lebih tegas sambil melihat jam di dinding.

Скачать книгу